Kerana
aku remaja,
Bermakna
aku masih muda,
Segala
benda ingin aku cuba,
Tanpa
mengira hukum agama.
Kerana
aku remaja,
Aku
bebas melakukan apa sahaja,
Nasihat
dan tauladan sudah tidak bermakna,
Seolah-olah
akan hidup selamanya.
Kerana
aku remaja,
Darah
muda aku masih panas,
Sebarang
teguran masti aku libas,
Setiap
tutur kata aku tidak beralas,
Biarlah
apa pun asalkan aku puas.
Kerana
aku remaja,
Aku
mudah untuk alpa,
Masa
remaja ku telah dibuang begitau sahaja,
Beseronok,
berhibur dan berpoya-poya,
Sehingga
terlupa tugas sebenar seorang hamba.
Kerana
aku remaja,
Di dunia ini aku lah paling hebat,
Aku
rasa semuanya masih belum terlambat,
Untuk
aku berubah apa lagi bertaubat,
Jarang
di peduli hukuman di akhirat.
Kerana
aku remaja,
Tidak
pula aku terfikir,
Membasahkan
lidah untuk berzikir,
Sememangnya
maut itu sangat hampir,
Berubahlah
sebelum semuanya berakhir.
Kerana
aku remaja,
Kita
semua punya harapan,
Untuk
terus maju kehadapan,
Tidak
salah jika punya impian,
Tetapi
Al-Quran dan Hadis perlu di jadikan panduan.
Wahai
remaja
Ini
sekadar perkongsian bersama
Tiada
sindiran apatah lagi hati terluka,
Untuk
diri sendiri dan kita semua.
anGGur™
ойё $тєp fоґщaґd!!!