Tuesday, February 28, 2012

Kerana Aku Remaja





Kerana aku remaja,
Bermakna aku masih muda,
Segala benda ingin aku cuba,
Tanpa mengira hukum agama.

Kerana aku remaja,
Aku bebas melakukan apa sahaja,
Nasihat dan tauladan sudah tidak bermakna,
Seolah-olah akan hidup selamanya.

Kerana aku remaja,
Darah muda aku masih panas,
Sebarang teguran masti aku libas,
Setiap tutur kata aku tidak beralas,
Biarlah apa pun asalkan aku puas.

Kerana aku remaja,
Aku mudah untuk alpa,
Masa remaja ku telah dibuang begitau sahaja,
Beseronok, berhibur dan berpoya-poya,
Sehingga terlupa tugas sebenar seorang hamba.


Kerana aku remaja,
Di dunia ini aku lah paling hebat,
Aku rasa semuanya masih belum terlambat,
Untuk aku berubah apa lagi bertaubat,
Jarang di peduli hukuman di akhirat.

Kerana aku remaja,
Tidak pula  aku terfikir,
Membasahkan lidah untuk berzikir,
Sememangnya maut itu sangat hampir,
Berubahlah sebelum semuanya berakhir.


Kerana aku remaja,
Kita semua punya harapan,
Untuk terus maju kehadapan,
Tidak salah jika punya impian,
Tetapi Al-Quran dan Hadis perlu di jadikan panduan.

Wahai remaja
Ini sekadar perkongsian bersama
Tiada sindiran apatah lagi hati terluka,
Untuk diri sendiri dan kita semua.



anGGur™


ойё $тєp fоґщaґd!!!

Tuesday, February 21, 2012

Senaskah Al-Mathurat dan Sekuntum Mawar Kristal...

Selama ini,
Diri tidak pernah mengenal erti cinta,
Bukan cinta kepada manusia,
Tetapi cinta kepada Allah Yang Esa...


Selama ini,
Diri hanya bertatih dalam mengenal alif ba ta,
Tidak pernah sekali terniat untuk memanjangkannya,
Tidak pernah terlintas di hati untuk mendalaminya...


Namun segalanya berubah dalam sekelip mata,
Tiba-tiba hati terdetik untuk menyentuh semula,
Menyentuh Al-Furqan yang telah tersimpan lama,
Kerna hati terasa kosong apabila tanpanya....


Diri mula membaca mengguna jeda yang lama,
Terasa diri dan hati ini teramat hina,
Bagaikan anak kecil baru mengenal huruf dalam berbicara,
Diri menangis menyesali perbuatan lama....


Dari situ timbul keinginan hati,
Untuk menyelongkar sejarah kekuatan diri,
Yang pernah diajar oleh nenda sejak azali,
Untuk memantap diri menjadi muslimah sejati...


Aku mula mencari di mana akanku timba semula ilmu itu,
Yang dapat membuat hatiku tenang tanpa awan hitam membelenggu,
Akhirnya DIA menunjukkan jalan membantu memeterai niat hatiku,
Pertemuan genap dua tahun  bukti cintaNYA Yang Satu...


Dari situ aku mengenal sedikit demi sedikit erti sebenar agama,
Yang pernah pada masa lalu aku tidak endah tanpa rasa berdosa,
Namun perkenalan sepanjang dua tahun itu hampir merubah segalanya,
Diri lebih tenang dan lancar dalam mengenal kitab Yang Maha Kuasa..


Andai kalian tahu betapa bermakna kehadiran di dalam hidup ini,
Hampir dua tahun menjadi peneman ketika aqal tidak bijak mengawal diri,
Sanggup mengharungi suka duka tanpa ada sekelumit rasa benci,
Sungguh ia akan menjadi antara kenangan terindah dalam pengenalan ini..


Senaskah Al-Mathurat dan sekuntum mawar Kristal bukti perkenalan kita,
Akan ku simpan hingga naskahnya robek dan mawarnya retak segala,
Kerna cintaku pada kalian bukan sekadar cinta dunia,
Tetapi kuharap ia kekal hingga kita bertemu di Jannah Yang Esa..


Senaskah Al-Mathurat dan sekuntum mawar Kristal,
Adalah bukti hati telah lembut dalam menerima segalanya,
Cintaku padaNYA hanya akan hilang apabila,
Al-Mathurat yang ku terima hilang dari fikiran yang nyata,
dan mawar Kristal yang kupegang layu tanpa dipaksa...


Senaskah Al-Mathurat dan sekuntum mawar Kristal,
Kuharap menjadi kenangan antara diri kita,
Jika hati terasa kosong bacalah ia,
Jika diri terasa rindu renunglah ia buat seketika....


ойё $тєp fоґщaґd!!!

Friday, February 17, 2012

Pemimpinku...


Pemimpinku,
adalah orang yang sentiasa memegang janjinya,
walau terpaksa bergadai nyawa,
demi menegakkan agama Yang Esa.

Pemimpinku,
adalah orang yang cekal dan sabar,
dalam mengharungi dugaan dunia,
demi menjaga amanah didadanya.

Pemimpinku,
adalah orang yang sentiasa berkata benar,
walau kadangkala kebenaran adalah tuba,
kepada jasad yang telah tercipta.

Pemimpinku,
adalah orang yang menjaga amanah,
hingga tak terlena tidur malamnya,
kerana takut akan azab neraka.

Pemimpinku,
adalah orang yang berani memegang panji-panji,
tanpa rasa gentar walau sekali,
walau diugut, diherdik oleh pihak yang keji,
namun tidak sekali kau menyembunyikan diri.

Itulah pemimpinku,
Pemimpin yang aku bangga-banggakan,
kerana sedaya upaya melindungi diriku,
daripada menjadi mangsa kekejaman.

Itulah pemimpinku,
yang cuba menjadi seperti Umar,
yang bukan hanya tutur katanya lancar,
malah setiap tindakannya berlandaskan aqal.

Wahai pemimpinku,
aku adalah amanahmu,
dengarlah luahan hatiku,
agar sempurna tanggungjawabmu.

Wahai pemimpinku,
ku tahu berat tanggunganmu,
namun cubalah untuk bersatu,
demi kemaslahatan ummah yang jitu.

Wahai pemimpinku,
hanya itu pesanan buat dirimu,
agar kau sedar akan beratnya amanahmu,
demi cinta kepada ALLAH Yang Satu.....






ойё $тєp fоґщaґd!!!

Pointer OH! Pointer





Pointer oh pointer,
Bukan sekadar nombor pepuluhan,
Tetapi sebagai titik penentuan,
Bukan sekadar bahan bandingan,
Tetapi sebagai batu loncatan.

Pointer oh pointer,
9/2/2012,
Tanggal bersejarah buat pelajar,
Penilai segala apa yang dibelajar,
Mujur lah cuma lulus dan gagal sahaja,
Tetapi sudah cukup buat dada berdebar-debar.

Pointer oh pointer,
16/2/2012,
Masing- masing mula gelabah,
Tido tak lena, mandi tak basah,
Keputusan sebenar sudah pun ada,
Baik buruk ditelan juga,
Setakat mana usaha,
Setak itu lah juga dengan pointernya.

Pointer oh pointer,
Segala yang terjadi pasti ada hikmah,
Untuk menguatkan jiwa yang lemah,
Usaha dan doa disusuli berserah,
Mengharap balasan atas segala susah dan payah.
  
Pointer oh pointer,
Pointer tinggi kita gembira,
Pointer rendah kita berduka,
Adat manusia punya jiwa,
Jangan kita lupa pada hikmah-Nya.



anGGur™




ойё $тєp fоґщaґd!!!

Thursday, February 16, 2012

Kita Hanya Merancang... Tapi Takdir Tuhan itu Indah...

Takdir Tuhan itu indah
Dugaan Tuhan itu juga indah..

Seringkali kita lupa
Bahawa semua ketentuan Tuhan itu ada keindahan disebaliknya...

Kita, hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan
Benar... Sehebat mana pun perancangan kita
Lebih hebat lagi perancangan Allah untuk kita

Tapi Tuhan tidak menyuruh kita hanya berserah... Menanti sahaja apa yang bakal berlaku...Tuhan anugerahkan kita akal fikiran... Tuhan anugerahkan kita kudrat tenaga...
Untuk apa?? Itu untuk kita berusaha, berusaha mencorak dan menentukan masa depan dan kehidupan kita...
Oleh itu, wahai diri.. Berusahalah untuk dirimu...
Berjuanglah untuk dirimu
Bukan untuk sesiapa, tetapi untuk diri kamu sendiri

Rezeki kita, datangnya dari Allah
Bukan dari mereka
Hidup kita kerana Allah
Bukan kerana mereka
Kejayaan kita dunia akhirat, itu jua dengan izin Allah
Bukan mereka...

Ingatlah, kita punya YANG MAHA KUASA....
Itu, tiada siapa yang mampu menyanggahnya...


ойё $тєp fоґщaґd!!!

Wednesday, February 15, 2012

Jika ada Peluang Kedua...


Jika kau tahu apa rasanya
Apabila diri sentiasa diduga
Setelah satu yang satu tiba
Mampukah jasad hadapi semua

Manusia,
Jika diberi peluang kedua
Ingin menutupi segala dosa
Kerana tidak sanggup menghadap YANG ESA
Apabila diri dalam keadaan hina..

Manusia
Pancaindera dihijab melihat dosa dan pahala
Jika dibuka kau tidak akan melakukannya
Diri alpa mendongak serta menongkat dunia
Hingga lupa ia tidak kekal selamanya

Manusia
Zuriat itu penyambung harta
Mengapa kau campak tanpa rasa apa-apa
Sedarkah dikau ada yang terseksa
Kerana diri mungkin tiada peluang merasa..

Manusia
Hargai dan nikmati segala yang ALLAH beri
Kerna ada yang tiada peluang masih mencari
Mencari bukan semata untuk kepentingan diri
Namun demi cinta agama yang penuh hakiki....


ойё $тєp fоґщaґd!!!

Tuesday, February 14, 2012

Wahai kaum hawa aku maafkan diri mu~
















“Wahai kaum hawa,aku maafkan dirimu”,
Walaupan sudah pelbagai kesilapan yang telah kau lakukan kepada ku,
Namun begitu ku tetap membisu,

“Wahai kaum hawa,aku maafkan dirimu”,
Itulah perkataan yang sering ku katakan,
Walaupun hati penuh terkilan,
Namun ku harap ini bukan batu loncatan,
Untuk kau terus melakukan kesilapan,

“Wahai kaum hawa,aku maafkan dirimu”,
Selalu kau buat aku dalam dilema,
Untuk memilih antara dua,
Sama ada kau ataupun kerjaya,

“Wahai kaum hawa,aku maafkan dirimu”,
Tetapi hati ini belum membeku,
Untuk aku korbankan segalanya kepadamu,
Kerana hati ini tetap pada Yang Satu,

“Wahai kaum hawa,aku maafkanmu”,
Tersenyum ku membaca pohonan maaf yang kau pinta,
Nampaknya suci dan ikhas dari hati,
Akan ku beritahu sesuatu pekara,
Segala kesilapan kau telah lama aku maafi,



“Wahai kaum hawa,aku maafkan mu”,
Setiap tutur kata dan manis bicara
Yang telah kau luahkan tanpa usul periksa,
Kerap membuatkan diriku terluka,
Tetapi hati ini tetap berkata,
“hawa, aku maafkan dirimu”,


Hawa ingin ku berkata sesuatu,
Sebagai pesanan di hari tua,
Walaupun kau golongan wanita,
Tidak bermakna kau tidak berjaya,
Tetapi perlu kau ingat sesuatu,
Maruah mu itu sangat bernilai,
Jagalah ia jangan tergadai,
Kelak kau yang akan menyesal,

Hawa ingin ku berkata sesuatu,
Walau apapun yang berlaku,
Walau apapun yang menimpa mu,
Sentiasalah ingat di hati mu,
Tiang agama jadi peganganmu,
Al-quran dan sunnah jadi rujukanmu.


anGGur™ 


ойё $тєp fоґщaґd!!!