‘Mengapa wanita menangis?’ Ini adalah persoalan yang amat
menarik bagi saya yang berjaya dirungkai kan oleh Dato’ Dr. Haji Fadzilah
Kamsah dalam sebuah rancangan TV. Saya ingin berkongsi dan highlightkan
beberapa informasi yang diperkatakan oleh beliau.
Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam
mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu.
Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka
bermalamlah dalam kegelapan.
1. Punca wanita menangis.
Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan
rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat
dalam mata)
Mengurangkan stress.
Tanda keinsafan/penyesalan.
Sebagai ugutan emosi.
Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul
banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya,
kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal
seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik
ataupun buruk.
Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab
rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.
2. Kesan tangisan.
Dapat perhatian
Suasana rumah tangga tergugat.
Lelaki jadi bingung.
Orang lain dapat mesej.
Mata bersih dan sihat.
The world stops at the moment when women cry.
Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum
dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.
Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:
1. Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa
sedih = Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.
2. Selalu berdoa kepada Allah.
3. Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk
kebaikan hamba-NYA)
4. Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan
membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan
gembira.
Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati
– Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan
terbuku dalam hati).
Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan
suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri
mudah menangis.
So, control your voice projection!
Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya
dilakukan dengan tindakan yang positif juga.

3 comments:
org yg suke nanges ni kiut =='
kuit smpai mata bengkak2..
kuit.. hahaha.. laju sgt type ni.. ;P
Post a Comment